HARGA EMAS RAKYAT
JUAL BELI Pamp Suisse 9999
Emas Rakyat RM:178.84 RM:165.36 100g RM:189.71 RM:162.70
Rantai Tangan 999 24k Rantai Leher 999 24k
50g RM:195.67 RM:165.36 50g RM:196.55 RM:165.36
100g RM:194.93 RM:165.36 100g RM:195.81 RM:165.36
Kemaskini Pada : 14 Oct 2011 - 11:07:12

Sunday 13 March 2011

TEKNIK MENYIMPAN EMAS


Jika anda inginkan keuntungan maksima, lebih elok jika anda menyimpan emas fizikal berbanding menyimpan emas dalam bentuk akaun simpanan (e.g Gold Invesment Account)


Ini kerana emas fizikal sangat senang untuk dijual tidak kira masa atau tempat sekiranya ada pembeli yang berminat. Anda tidak perlu risau untuk mencari pembeli kerana emas diterima di mana-mana sahaja. Selain itu, emas fizikal juga boleh dipajak di Bank Rakyat, Agro Bank atau mana-mana kedai pajak (eloklah pilih teknik pajakan Islam Ar Rahnu) – artikel mengenai senarai tempat pajakan Ar Rahnu akan menyusul selepas ini – Be Aware ye pencinta emas..!!

Sedikit penerangan ringkas tentang teknik menyimpan emas fizikal :

1. Beli emas fizikal dan simpan sebagai aset – simpan selama mungkin dengan andaian harga emas naik sebanyak 27%-30% setahun akan menjadikannya sebagai sumber tunai pada masa hadapan

2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi – teknik paling mudah sekali. beli emas fizikal dan bila harga naik melepasi target keuntungan,maka boleh jual semula

3. Beli emas fizikal, pajak dan beli lagi emas fizikal – utk try teknik ni kene ade ilmu di dada jugak sebab silap2 haribulan emas anda terbang ke bank atau kedai pajak..secara ringkas tentang teknik ini : e.g anda pajak emas di Agro Bank, dapat 70% wang tunai, gunakan untuk beli emas lagi..bile harge naik jual emas kedua yg anda beli, dapat wang tunai n tebus semula emas pertama yg anda pajak…anda boleh juga mengulangi teknik ini sebanyak yg mungkin..tetapi pastikan anda tetap mempunyai emas fizikal di tangan..jangan pajak semua ye..!! nanti tak tertebus..

4. Berniaga emas – kalau nak kaya-raya…jadilah toke emas… 

No comments:

Post a Comment