HARGA EMAS RAKYAT
JUAL BELI Pamp Suisse 9999
Emas Rakyat RM:178.84 RM:165.36 100g RM:189.71 RM:162.70
Rantai Tangan 999 24k Rantai Leher 999 24k
50g RM:195.67 RM:165.36 50g RM:196.55 RM:165.36
100g RM:194.93 RM:165.36 100g RM:195.81 RM:165.36
Kemaskini Pada : 14 Oct 2011 - 11:07:12

Thursday 17 March 2011

Quick Review Pasal Emas Fizikal


Ramai kawan tanya pasal emas seminggu dua ni. Ada yang email, ada yang call, ada yang sms. Macam-macam soalan. 

 Ada yang saya tak sure, saya terus contact sifu emas saya. Dia lagi banyak tahu sebab dah lebih 30 tahun dia buat terlibat dengan emas. Dia simpan emas sejak tahun 1981 lagi.

Kat bawah ni saya buat Quick Review untuk memudahkan rujukan sahabat-sahabat semua. Moga bermanfaat.
  1. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang. Purata kenaikan harga emas ialah 20% setahun. Kalau nak simpan, minimun setahun. Guna duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun.

  1. Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi. Simpan emas, tak akan takut kenaikan harga barang, tak takut bila duit RM lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb.

  1. Kalau ada hutang kad kredit, langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi ada hutang kad kredit, dalam masa yang sama beli emas.

  1. Emas senang ditukar kepada cash. Tak perlu risau pasal nak jual balik. Kalau sayang nak jual, boleh pajak jer di Ar-Rahnu.

  1. Emas hanya boleh dibeli secara tunai. Beli cara hutang, hukumnya haram.

  1. Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau lebih 85gram.
  2.  Jenis emas fizikal yang ada di Malaysia dan bagus untuk simpanan; (1) Kijang Emas Bank Negara, (2) Dinar Kelantan, (3) Emas & Dinar Emas Rakyat. Selain tiga ni, ada banyak lagi, tapi tak berapa famous.

  1. Cara terbaik untuk simpan emas ialah beli emas EMAS RAKYAT. http://emasrakyat.com . Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual. Saya dah kaji.

  1. Mana nak beli emas? (1) Kijang Emas, pergi ke Maybank tertentu, (2) Dinar Kelantan, cari di Ar-Rahnu tertentu, (3) Emas Rakyat, cari di company EMAS RAKYAT, atau contact ejen EMAS RAKYAT  lagi mudah.

  1. Mana nak simpan? Kalau sikit, simpan kat rumah. Tapi kena kreatif. Kalau banyak, takut tak lena tidur, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Kalau tanya saya, lebih baik pilih syarikat swasta sebab nilai insuransnya tinggi. Nilai sewa dia berbaloi, sekitar RM80 – RM550. Tengok saiz box.

  1. Berapa modal? Kalau modal kecik (min. RM600), beli dinar. Kalau modal besar (min. RM3,000), beli gold bar, syiling emas, Kijang Emas.

  1. Mana untung beli barang kemas compare dengan dinar, dan gold bar? Dinar & gold bar lagi untung. Barang kemas rugi bila nak jual balik kat kedai emas.

  1. Emas EMAS RAKYAT, mana untung beli direct dari syarikat atau melalui ejen? Harganya sama, tapi lebih untung beli dari ejen, sebab boleh dapat free consultation, guidance dan lain-lain bantuan dari ejen yang anda percaya. Silap-silap, dapat free delivery.

  1. Kat mana office EMAS RAKYAT? Kat KL di Bandar Baru Ampang. Di Terengganu, Jalan Simpang Tokku.

  1. Macam mana nak beli? Contact saya. Kalau tak dapat bantu, saya akan bagi contact ejen-ejen EMAS RAKYAT  yang terdekat.

  1. Macam mana buat untung dengan emas ni? (1) Beli dan simpan sekurang-kurangnya setahun. (2) Jual hanya bila perlu duit cash, kalau tak, simpan jer. (3) Berniaga emas – lagi untung, tapi modal besar, dan kena berhati-hati dengan hukum hakam dia. Takut terlibat dengan riba.

  1. Ok tak kalau masuk Skim Pelaburan Emas? Kebanyakannya adalah scam – penipuan. Jauhkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas. Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikal.

  1. Mana bagus, bukan Akaun Simpanan Emas di Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House berbanding emas fizikal? Beli emas fizikal lagi bagus. Maybank & Public Bank belum ada pengesahan halal.

  1. Mana untung simpan dalam ASB, Tabung Haji berbanding beli emas? Jauh lebih untung beli emas. Purata kenaikan emas 20% setahun. Tabung Haji (5%), ASB (6.5% lepas tolak zakat). Belum tolak infasi 4%.

Soalan Bonus:
  1. EMAS RAKYAT dapat pengesahan Bank Negara tak? Jawapannya tak perlu sebab ER cuma ‘kedai emas’. Yang terlibat dengan jual beli emas sahaja. Bagi duit dapat emas fizikal, bagi emas fizikal dapat duit. Tak ada apa-apa skim pelaburan ditawarkan.

  1. Adakah ada jaminan emas ni akan sentiasa naik? Tak ada jaminan. Harga emas juga boleh jatuh. Tapi dia tak akan jatuh lingkup sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Masa sekarang lagi kritikal beli emas sebab dunia tengah berperang matawang. Jadi selamatkan ‘kekayaan’ anda kepada emas sekarang!

  1. Macam mana nak tahu emas EMAS RAKYAT  tulen ke tak? Boleh test di ofis ER, atau mana-mana kedai emas, atau Ar-Rahnu. Kalau emas tak tulen, Ar-Rahnu akan tolak. Silap-silap dia akan panggil polis, atas dakwaan cuba menipu!
Pasal emas ni, jangan percaya cakap saya. Tapi anda semua perlu buat kajian sendiri. Apa yang saya tulis, itu cuma ilmu dan pandangan saya yang serba kekurangan. Dan saya bukan pakar dalam mana-mana bidang yang saya tulis. Tulisan saya hanya taraf sembang ‘kedai kopi’ jer.

No comments:

Post a Comment