HARGA EMAS RAKYAT
JUAL BELI Pamp Suisse 9999
Emas Rakyat RM:178.84 RM:165.36 100g RM:189.71 RM:162.70
Rantai Tangan 999 24k Rantai Leher 999 24k
50g RM:195.67 RM:165.36 50g RM:196.55 RM:165.36
100g RM:194.93 RM:165.36 100g RM:195.81 RM:165.36
Kemaskini Pada : 14 Oct 2011 - 11:07:12

Wednesday 5 October 2011

HOT AUCTION !!!! ( GELANG EMAS 916 )

GELANG EMAS (ZS00T)
      GELANG EMAS (ZS008T) Kualiti : Emas 916 Berat : 39.18 gram Panjang : 17.0 cm
          GELANG EMAS (ZS007T) Kualiti : Emas 916 Berat : 33.19 gram Panjang : 17.0 cm

GELANG TANGAN (ZS006T) Kualiti : Emas 916 Berat : 28.11 gram Panjang : 17.0 cm

GELANG TANGAN (ZS005T{Kualiti : Emas 916 Berat : 18.24 gram Panjang : 17.0 cm
GELANG EMAS ( ZS004T )Kualiti : Emas 916 Berat : 52.96 gram Panjang : 17.0 cm

             GELANG EMAS (ZS003T) Kualiti : Emas 916 Berat : 28.96 gram Diameter : 5.5 cm

              GELANG EMAS (ZS002T) Kualiti : Emas 916 Berat : 45.10 gram Diameter : 5.5 cm

      GELANG EMAS (ZS001T) Kualiti : Emas 916 Berat : 24.61 gram Diameter : 5.5 cm

NEW ARRIVAL !!

 EMAS RAKYAT 995
HARGA EMAS RAKYAT
  JUAL BELI   Pamp Suisse 9999
Emas Rakyat RM:181.96 RM:168.39 100g RM:193.06 RM:165.74
Rantai Tangan 999 24k Rantai Leher 999 24k
50g RM:199.02 RM:168.39 50g RM:201.21 RM:168.39
100g RM:198.27 RM:168.39 100g RM:199.15 RM:168.39
Kemaskini Pada : 04 Oct 2011 - 10:42:48

Thursday 7 April 2011

HARGA EMAS RAKYAT

HARGA EMAS RAKYAT
  JUAL BELI   Pamp Suisse 9999
Emas Rakyat RM:146.88 RM: 140.88 100g RM:161.72 RM:141.30
Rantai Tangan 999 24k Rantai Leher 999 24k
50g RM:164.72 RM:141.30 50g RM:164.72 RM:141.30
100g RM:164.72 RM:141.30 100g RM:164.72 RM:141.30
Kemaskini Pada : 11 Apr 2011 - 11:05:44

Wednesday 6 April 2011

BRACELET EMAS RAKYAT

PURITY GOLD 916 - 15.62 GRAM
 
 PURITY GOLD 916 - 31.18 GRAM






Saturday 26 March 2011

BRACELET EMAS RAKYAT

                                              PURITY GOLD 916 ( 11.17 GRAM )

                                                 PURITY GOLD 916 ( 14.43 GRAM )


                                               PURITY GOLD 916 ( 17.75 GRAM


                                       PURITY GOLD 916 ( 16.45 GRAM )

                          TEMPAHLAH SEKARANG. HUBUNGI 
                                SAYA - SAPEENA  019 7170117

Syiling Emas Bunga Raya Fine Gold 99.99 (24K)




Berat : 10 gram
Purity Emas : 99.99 (24K)
Disertakan Sijil Ketulinan Asli
                                                   Casing : Kad

INFO ZAKAT

DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
SIAPA YANG WAJIB ?
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
  1. Islam
    Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.
  2. Merdeka
    Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  3. Sempurna Milik
    Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  4. Hasil Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
    Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  5. Cukup Nisab
    Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  6. Cukup Haul
    Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
APAKAH HARTA YANG WAJIB DIZAKATKAN ?
Ada 2 jenis zakat iaitu:

  • Zakat Fitrah
    Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan  syarat-syarat  yang ditetapkan.
  • Zakat Harta
    Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Binatang Ternakan
  4. Zakat Pertanian
  5. Zakat Wang Simpanan
  6. Zakat Emas dan Perak
  7. Zakat Saham
  8. Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *

Wednesday 23 March 2011

EMAS RAKYAT GOLD BAR 99.5 DI PASARAN

                      Memperkenalkan Produk Pertama 
                               Keluaran Bumiputera

                          EMAS RAKYAT

                                         Gold Bar
                                         20 Gram
                                         50 Gram
                                       100 Gram

Tuesday 22 March 2011

Ramalan Harga Emas 2011

Harga emas cecah RM4,650 seaun

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.

”Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.

”Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.

Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.

Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.

Sunday 20 March 2011

KELEBIHAN...

Kenali Emas - Anugerah Allah Yang Unik.

Emas berwarna kuning berkilauan dan unsur paling berat dalam kerak bumi. Ia juga tidak terkakis oleh serangan bahan kimia luar seperti asid, alkali dan larutan garam. Oleh itu, bentuk, jisim, kandungan bendasing, dan mutu kilauannya kekal selagi belum dileburkan. Satu-satunya bahan kimia yang boleh melarutkan emas ialah aqua regia yang ditemui dan dirumuskan oleh Jabir Ibn HayyanBapa Kimia Moden (bukan Robert Boyle).


Oleh kerana sifatnya yang berat, cantik berkilau, kebolehaliran elektrik yang tinggi (sesuai pada zaman moden) dan tidak mudah terkakis dan rosak, dan sukar ditemui, maka ia menjadi amat bernilai dan nilainya kekal dan tidak berubah kerana fizikalnya tidak mudah berubah oleh faktor luaran. Oleh kerana nilainya yang kekal dan tersendiri inilah, maka harga atau nilai barang-barang jualan disandarkan kepada nilai emas. Barangan jualan seperti makanan, pakaian dan hasil kerja seni, berubah nilai mengikut keadaan semasa pasaran. Selain itu, faktor luaran juga memainkan peranan. Makanan akan rosak jika diserang serangga dan disimpan dalam masa yang lama, pakaian akan lusuh dan mungkin dirosakkan dan dikotorkan oleh serangga dan sudah tidak laku, maka nilainya berubah-ubah dan tidak sesuai disandarkan nilai kewangan padanya.

Nilai Emas

Menyandarkan nilai kewangan kepada emas juga dapat menghindarkan riba daripada berlaku dalam urusniaga perniagaan. Katakanlah seorang peniaga A ingin menjualkan baju besinya berjenama M kepada peniaga B, dengan peniaga B menyerahkan baju besinya berjenama N kepada peniaga A. Mutu baju besi yang ditukar sesama mereka ini mungkin sudah tidak sama seperti 10 tahun yang lalu. Nilai mereka mungkin berbeza kerana nilai pasaran sentiasa berubah-ubah. Kalau 10 tahun yang lalu, raja mereka mungkin menjalankan kempen perang, maka permintaan terhadap baju besi meningkat dan harganya meningkat di pasaran. Namun kini, harganya sudah tidak menentu, kadangkala naik dan kadangkala turun. Mungkin sehari sebelum urusniaga tersebut dijalankan, harga pasaran bagi baju besi M bersamaan dengan 2 dinar emas, manakala harga baju besi N bersamaan dengan 2 dinar emas juga. Mungkin ketika saat urusniaga dijalankan, harga baju besi M berubah kepada 3 dinar mengikut pasaran, manakala harga baju besi N kekal 2 dinar. Maka berlakulah riba di sini kerana berlaku perubahan nilai pada harga baju-baju besi ini. Oleh itu menurut Islam, peniaga A mestilah menjualkan baju besi jenama Mnya terlebih dahulu dan dapatkan duit dinar, kemudian menggunakan duit dinar yang diperolehinya untuk membeli baju besi jenama N daripada peniaga B. Dengan ini riba dapat dihindarkan, kerana nilai baju emas disandarkan kepada nilai emas yang tidak berubah-ubah dalam pasaran.


Oleh itu apakah wang kertas yang berleluasa digunakan dalam zaman moden ini? Wang kertas hanyalah kertas-kertas yang disandarkan kepadanya nilai sebagaimana sewaktu ketika dahulu kita menyandarkan nilai kepada emas. Wang kertas asalnya daripada bank. Seperti yang diketahui, emas adalah berat dan tidak sesuai dibawa ke mana-mana dalam kuantiti yang banyak. Ia juga terdedah kepada kehilangan dan serangan perompak. Maka emas disimpan di bank oleh para pemiliknya. Bank pula mengeluarkan penyata kertas kepada setiap penyimpan emas, yang menyatakan kuantiti emas yang disimpan oleh setiap pemilik. Bagi setiap 1 dinar (katakan), maka penyimpan akan mendapat 1 keping kertas bagi mewakilinya. Jika kertas ini hilang, maka penyimpan dapat menebus kembali emasnya di bank.


Oleh kerana bank ingin mencipta keuntungan segera, maka pihak bank telah mencetak penyata-penyata kertas yang palsu dan mengatakan kepada orang ramai bahawa ia penyata kertas yang sah. Maka ramailah orang berpusu-pusu datang ke bank untuk meminjam wang. Dan ramai pula orang ramai yang menggunakan kad kredit (salah satu kaedah berhutang kepada bank). Bank juga mengenakan faedah kepada sesiapa yang lewat menjelaskan pinjaman mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Akhirnya, kertas-kertas yang dicetak melebihi jumlah emas dalam bank. Sehingga ke satu tahap, tiada langsung emas dalam bank dan bank hanya mengeluarkan kertas-kertas kosong yang nilainya tidak disandarkan kepada emas lagi. Orang ramai yang masih meyakini bahawa kertas-kertas tersebut bernilai, terus menerus meminjam daripada bank. Hasilnya lahirnya matawang kertas yang berasaskan keyakinan orang ramai kepada nilai pada kertas. Matawang ini dikenali dengan nama ‘fiat money’ atau wang kosong. (fiat-Latin yang membawa maksud ‘biarkan ia diperlakukan’ atau ‘let it be done’).

Keadaan bank yang kekosongan emas, ditambah hutang orang ramai terhadap bank yang semakin bertambah hasil faedah dan penggunaan kad kredit, memberikan bencana kepada bank apabila pemilik-pemilik emas datang menuntut emas simpanan mereka. Dalam keadaan panik, pihak bank mula menghentikan pemberian hutang kepada pengguna kad kredit. Maka berlakulah apa yang kita kenali sekarang ini sebagai ‘kuncupan kredit’ atau ‘credit crunch’ , di mana pemegang kad kredit tidak dapat menggunakan kad mereka secara tiba-tiba kerana disekat oleh pihak bank.


Bank sebegini akhirnya diisytihar muflis akibat desakan pemilik emas supaya bank memberikan kembali emas kepada mereka. Contoh bank yang telah muflis akibat kuncupan kredit ialah Lehmann Brothers. Selain itu terdapat juga bank-bank lain di Amerika yang turut muflis.


Kini, wang kertas terus menerus digunakan. Nilai wang kertas berubah-ubah bergantung kepada pasarannya. Bagi menjelaskan bagaimana wang kertas diniagakan, saya ambil satu contoh. Katakan kita membeli baju daripada sebuah kedai. Maka peniaga baju sebenarnya membeli wang daripada kita dengan membayarkan baju kepada kita. Jika dalam sesebuah negara kadar pembelian wang daripada pengguna meningkat (atau dengan kata lain, pengguna hanya membeli barangan buatan negaranya dan kadar pembeliannya tinggi) maka nilai matawang mereka akan meningkat. Ini kerana matawang mereka menjadi ‘laku’, atau permintaan terhadap wang mereka tinggi. Maka nilai matawang menjadi tinggi. Selain itu, nilai matawang juga menjadi tinggi apabila pelabur-pelabur luar masuk dan membeli matawang kita. Bagaimana mereka membeli matawang kita,ialah dengan menukarkan matawang mereka dengan matawang kita. Ini kerana urusniaga dalam negara hanya boleh dijalankan dengan menggunakan matawang negara itu. Oleh itu, wang kita menjadi laku. Faktor-faktor seperti keamanan, kedudukan negara yang strategik boleh menjadi daya tarikan untuk pelabur luar datang melabur ke negara kita. Semakin ramai pelabur datang, semakin lakulah wang kita dan semakin tinggilah permintaan terhadapnya. Maka nilai matawang akan meningkat.


Nilai matawang sesebuah negara akan sentiasa berubah-ubah bergantung kepada faktor-faktor seperti yang dijelaskan tadi. Jika sesebuah negara yang rendah nilai matawangnya, kemudian bank negara itu terus menerus mencetak wang kertas, maka ia tidak akan meningkatkan nilai matawang mereka, malah menjunamkannya lagi. Jika sesebuah negara matawangnya ialah Rupiah dan satu ringgit bersamaan dengan 1000 rupiah, maka jika matawang rupiah dicetak dengan sebanyak-banyaknya, nilainya boleh turun sehingga satu ringgit bersamaan 1000 000 rupiah. Maka tidak ada cara lain untuk meningkatkan nilai matawang selain menarik pelabur asing datang dan menggalakkan rakyat membeli produk negaranya sendiri. Namun cara terbaik sudah tentulah dengan menggunakan dinar emas bagi menggantikan wang kertas yang nilainya sering berubah-ubah.


Salah satu sifat emas yang melayakkannya dijadikan wang berbanding wang kertas ialah ia sukar ditemui dan ia tidak boleh dihasilkan oleh kerja tangan manusia. Wang kertas pula ialah komoditi yang dihasilkan manusia, sama seperti barangan dagangan yang lain seperti makanan dan sebagainya. Oleh itu, pasarannya tertakluk kepada berapa banyak yang dihasilkan oleh pengeluar wang kertas dan berapa banyak permintaan terhadapnya. (tertakluk kepada hukum ‘supply and demand’). Berbeza dengan emas, ia tidak boleh dihasilkan dan hanya diperolehi daripada perut bumi. Maka bekalannya bergantung kepada kebolehdapatannya daripada perut bumi. Sementara permintaan terhadapnya sudah tentu tidak akan pernah berkurang, kerana emas seperti yang telah diberitahu sebelum ini, mempunyai ciri-ciri fizikal yang menjadikannya tidak mudah rosak dan amat bernilai, serta sukar ditemui. Jadi, nilai emas tidak jatuh dan sangat sesuai dijadikan matawang dan merupakan komoditi berharga yang dipersetujui oleh setiap manusia di seluruh dunia.





Saturday 19 March 2011

MENGAPA EMAS?

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan alluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10.Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11.Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12.Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15.Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16.Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
17.Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
18.Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
19.Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
20.Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
21.Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
22.Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
23.Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
24.Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
25.Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
26.Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
27.Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
28.Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
29.Warna emas tulen adalah kuning metallic
30.Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
31.Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
32.Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
33.Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
34.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
35.Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
36.Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
37.Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
38.Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
39. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
40.Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
41.Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
42. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
43.Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
45.Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
46.Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat Untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
47.Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
48.Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
49.Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
50.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
51.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
52.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
53.Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
54.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
55.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. 56.Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
57.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
58.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
59.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.



Friday 18 March 2011

SYILING EMAS BUNGA RAYA FINE GOLD 99.99%


Syiling emas 999.9 Bunga Raya adalah syiling emas 999.9 10 gram termurah di tanah air Malaysia.

Apabila memperkatakan emas sebagai penyimpan nilai, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah harganya. Sekiranya sesuatu emas itu mahal, maka fungsinya sebagai penyimpan nilai tidak sempurnya. Ia boleh didapati dalam berat 10 gram paling rendah mampu untuk dimiliki sebagai aset pelaburan mahupun koleksi.

Pada julat harga RM 13xx hingga RM 14xx, mengikut harga semasa emas ianya adalah mampu milik bagi golongan sederhana berbanding syiling yang seangkatannya di pasaran berdasarkan harga per/gram.



JADIKAN SYILING INI KOLEKSI TERBARU ANDA
sebagai PENYIMPAN NILAI

GOLD PRICE

LONDON (AFP) Sept-25th – Gold soared to a record high above 1,300 dollars on Friday, dragging sister metal silver to a 30-year peak as investment demand propelled precious metals higher.Gold prices struck a record 1,300.07 dollars an ounce in afternoon trade on the London Bullion Market as investors sought a safe-haven for their money amid increased uncertainty over the global economic outlook. "The underlying bullish trend in the gold market continues to be fuelled by the high level of uncertainty regarding the United States and European economies," said SEB Commodity Research analyst Filip Petersson.

He added that "the strategic view remains bullish (positive) and we expect prices above 1,350 dollars per ounce before the end of the year.""Gold is fuelled by a combination of things," said Commerzbank analyst Daniel Briesemann.

"Furthermore, the general interest of investors is not waning and gold is sought for mainly as a 'stable currency'."Gold also won support from the weakening US currency, which makes the dollar-priced metal cheaper for buyers using stronger currencies and so tends to stimulate demand and prices.Since this time last year, gold prices have soared by about 30 percent.

Jadi, masih belum terlambat untuk melabur emas nie…percayalah..



Teknik : Bagaimana Emas Boleh Menguntungkan


Assalamulaikum sahabat-sahabat emas…

Kali ini saya akan berkongsi dengan sahabat-sahabat bagaimana emas mendatangkan keuntungan.Emas ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Walaupun sifat harga emas turun naik,namun untuk jangka masa panjang, grafnya masih tetap menaik.Harga emas pada tahun 2000 adalah USD 275.45/Oz manakala harga emas pada tahun 2009 adalah USD 953.50/Oz.Ini adalah kenaikan hampir 250% dalam jangka masa 9 tahun,iaitu purata 27% setahun.

Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.Mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan. Bukan untuk dijual keesokannya atau minggu depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Keuntungan maksima adalah dengan menyimpan emas fizikal berbanding emas dalam akaun simpanan (GIA dan Gold saving).
Kelebihan emas fizikal kerana emas fizikal boleh dijual bila-bila masa 24jam sehari jika ada yang ingin membelinya,tanpa menunggu masa bank dibuka bagi akaun simpanan.Emas fizikal juga boleh digadaikan jika perlu.

Ada beberapa teknik jika anda menyimpan emas fizikal :

1. Beli emas fizikal dan simpan sebagai aset – simpan selama mungkin dengan andaian harga emas naik sebanyak 27% setahun akan menjadikannya sebagai sumber tunai pada masa hadapan
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi – teknik paling mudah sekali.paling berkesan jika emas tersebut lebih rendah spreadnya. beli emas fizikal dan bila harga naik melepasi target keuntungan,maka boleh jual semula
3. Beli emas fizikal, pajak dan beli lagi emas fizikal – teknik ni kena ada pengetahuan mendalam dan agak berisiko ,kalau tak boleh melayang emas yang dipajak. beli emas fizikal dan pajak di Ar Rahnu (senarai Ar Rahnu di link atas),hasil duit pajakan diguna untuk beli emas fizikal lain.bila harga naik, jual emas emas tadi dan tebus balik emas di Ar Rahnu
4. Berniaga emas – bak kata En Zakaria ,dalam banyak-banyak teknik ,berniaga emas paling lumayan.berniaga emas dengan menjadi ejen EMAS RAKYAT.

Kenapa EMAS RAKYAT ?

1. Harga emas ER yang lebih murah dari kedai emas.
2. Mengikut pergerakan harga emas antarabangsa (harga emas US)
3. Stok sentiasa ada
4. Jaminan beli semula jika produk mereka kemek,calar patah dan sebagainya asalkan     berat masih sama
5. Komisen atas jualan
6. Jualan semula yang mudah

p/s : Nah.. sekarang kita dah tahu EMAS ini memang menguntungkan.. so, apa yang kita tunggu lagi.. belilah EMAS sekarang jugak!!!… huhuhu

Tips : Bila Nak Bermula Membeli Emas?


Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di daldm emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bagi sesetengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut utk membeli emas krn harganya melambung semakin tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dlm dagangan futures market, mmg patut utk anda berasa takut utk membuat dagangan..
Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yg spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pn harganya di pasaran, nilainya akn terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah utk tnggu harganya turun, baru beli atau “Buy Low, Sell High” dlm pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu, sy jamin walau harganya dh mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, krn merasakan harganya dh cukup tinggi dan mungkin akn turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep tu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yg tidak sesuai dgn portfolionya,  kesannya, sampai bila2 pn pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tnggi dan xkn naik lagi, krn jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi mnjadi sandaran kpd nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?

p/s : Make your decision now, or will never…